Thursday 13 October 2011

Awak Suka Saya Tak?

Assalamualaikum w.b.t
sy sgt teruja sekarang ni...Berdasarkan tajuk entri ak hari ni..tentu korang t'tnye-tanya kan??
hehe..sebenarnya Awak Suka Saya Tak? ni merupakan sebuah novel yang akan diterbitkan 15 Oktober ni oleh Karya Seni ..seriously ak cakap yg ak fall in love dengn novel ni..terima kasih kepada group Geng Giler Novel sebab m'perkenalkan novel ini dekt sy..pertama kali baca dekt blog kak Melur Jelita cerita ni..hati ak b'degup kencang d'sebabkan oleh watak2 yg ada dlm novel ni..Hilman Yong dan Intan Zulaikha .Sebenarnya ASST boleh d'baca di blog Melur Jelita tapi sekrg x bole da untuk tujuan penerbitan. Kalau korng nak tahu jugk kisah selanjutnya tentang novel ni korang bole la order dgn Karya Seni ataupun pergi la kedai2 buku...disini aku sertakan gambar dan sinopsis novel ni.

sinopsis:

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

“ Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…” Hilman Yong

“ Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja.” Damien Yong

“ Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya.” Intan Zulaikha





sinopsis dy pon best kan?? so..jangan lepaskan peluang untuk beli novel ni sebab novel ni merupakan novel yg aku rasa pling best di alam semesta..ekeke(over sgt ke??) hehe

jangan lepaskan peluang ni dan cepat-cept dapatkannya..:)

itu saje la entri ak untuk hari ni..hehe

(penat membebel..ekeke)

2 comments:

  1. Salam Amira jelita,
    blogger rupanyanya ..ekeke..terimaksih la dik tolong pomot ASST..masih boleh dibaca lagi di blog akak cuma part 1-46 saja...

    ReplyDelete
  2. wassalam..adess..sye lpe nk tulis part1-46 2..huhu..ok..nnti sy edit blek..hehe

    p/s: thnx sbb sudi terjah ini blog..ekeke

    ReplyDelete