Sunday 17 April 2011

Indahnya cinta

"Qila.......apa kamu buat kat situ lagi? mak kan dah suruh kamu pergi beli tepung dekat kedai Pak Meon tu. Cepat la...mak dah nak guna ni. kamu ni asyik main ape ke nama tu? fesbuk? apa-apa la...tapi mak nak kamu berhenti main koputer tu sekarang jugak..cepat pergi beli!!"
"Mak..bukan fesbuk la..tapi facebook. Ha..satu lagi..bukan koputer..tapi komputer la."
"Apa-apa jela. asalkan bunyinya sama. mak bukan reti cakap omputih ni. dah! dah! pergi cepat sebelum mak piat telinga kamu. Ish macam-macam perangai budak ni. suruh sikit pun liat nak buat." ujar ibuku sambil menyiapkan kerjanya yang terbengkalai sebentar tadi.
Yela...Qila nak pergi la ni...okey..okey..Qila pergi.."aku terus melankah keluar rumah menuju ke kedai Pak Meon.
Itulah mak aku...emm..boleh dikatakan seorang yang peramah. Semua orang ditegurnya termasuk orang yang dia tak kenal. Tapi mak aku ni seorang yang penyayang. Selalu mengutamakan keluarga daripada diri sendiri. Aku masih ingat lagi bila ayah aku meninggal dunia sepuluh tahun lalu akibat daripada kemalangan di tempat kerja. Masa tu aku masih kecil. Adik-beradik aku lapan orang. Masa tu kami anak beranak hidup bak kata pepatah melayu "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang". Lepas ayah meninggal rezeki kami beradik putus macam tu je sebab ayah kerja kampung. Ayah sekolah cuma sampai darjah lima. Sebab tu la dia cuma bekerja kampung. Lepas ayah tak ada, mak pula menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu tunggal yang terpaksa membanting tulang empat keratnya untuk menyara anak-anaknya. Mak bekerja siang malam untuk mencari rezeki. Masa itu aku berumur 13 tahun. Aku berasa kasihan melihat mak bekerja seorang diri sehingga aku menyatakan hasratku kepada mak untuk berhenti sekolah. Mak melarang keras terhadap keputusanku itu. Pada masa itu, Aku melihat butir-butir jernih keluar dari tubir mata mak. Aku rasa tersentuh dan berasa sangat menyesal kerana menyatakan hasratku itu sedangkan mak sering menasihati kami adik beradik bahawa biar apa pun yang terjadi, jangan berfikir untuk berhenti sekolah. Sampai ke hari ni aku masih ingat kata-kata mak ketika aku memeluknya dengan erat, "Ingat Qila, biarlah kita miskin harta tapi jangan kita miskin ilmu. Orang akan pandang rendah kepada kita kalau kita tidak mempunyai ilmu. Jadi, jangan kamu fikir lagi nak berhenti sekolah. Tuntutlah ilmu sampai ke menara gading. Ingat tu Qila". Dengan berpandukan nasihat daripada mak, aku belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang lalu.
"Ish, aku ni syahdu la pulak waktu tengah hari ni. Baik aku pergi beli tepung tu cepat. Nanti tak pasal-pasal aku kenyang perut. Bukan kenyang makan tapi kenyang dengar merepek mak aku..hu..hu..ujarku di dalam hati. Aku meneruskan perjalan ke kedai Pak Meon. Tiba-tiba.............
BERSAMBUNG..:)

No comments:

Post a Comment